Modus operandi Kehilangan Enjin Jet TUDM

Enjin jet itu dihantar ke Subang Jaya, Selangor pada 30 Disember 2007 dan 1 Jan tahun 2009. TUDM hanya menyedari kehilangannya pada 22 Mei 2008 . Pegawai TUDM membuat laporan polis pada 4 Ogos 2008.

Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay. Interpol dan pihak keselamatan Amerika Syarikat juga menyedari akan penghantaran itu berdasarkan laporan yang diterbitkan.[1]

Pada Januari 2010, seorang anggota tentera udara berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya . Keduaa-duanya bertanggungjawab di atas kehilangan enjin jet pejuang itu.[2]

Sarjan N. Tharmendran (42) mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Laskar Udara Kanan Mohamad Shukri Mohamad Yusop atas jenayah itu.Kesalahan itu dilakukan di bangunan Material Processing Shed, MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi.

Pengarah syarikat pembekalan, K.Rajandran Prasad (38), turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin pesawat itu. Enjin itu 'dilupuskan' pada 30 April 2008 di No. 49, Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, Selangor. Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir dan Hamidi Mohd. Noh.Tharmendran dibela oleh V. Ravichandran manakala Rajandra dibela oleh Pritam Singh Doal.[3]